Suatu malam al kisahnya yang kebenarannya hanya daku yang mengetahui juga Allah. Ia ada tercatat jelas dalam diari usang ku siap dengan tarikh dan masa. Insyaallah nanti ku akan merujuk kepadanya. Begini, suatu malam ku tersedar dari tidur dan kudapati aku dapat melihat walau dengan mata tertutup tetapi dalam keadaan jaga disebelah kanan ku terdapat dua lelaki arab berpakaian putih kemilau berambut hitam pekat sedang membelah dadaku sedang kawannya yang satu lagi hanya memerhatio dari belakang.
Masyaallah sungguh terasa geli dan cemas aku melihat darah meleleh2 terasa sejuk dan gelinya. aku bertanya dan cuba meronta bangun '' apa kau buat ini '' lalu dengan pantas kulihat tangan lelaki itu memegang semula dada ku dan sekelip mata ia bertaut tanpa kesan dan mereka terus lenyap lebih pasntas dari kerlipan mata.
Aku terus bangun dan beristghfar panjang tercungap2 juga. itulah kejadiannya dan hanya isteri juga ibu ku mengetahui mengenainya. Daku menulisnya di sini kerana mengingati kisah itu maghrib tadi waktu berbuka terdapat rancangan jejak rasul tv3 bercerita ttg nabi yang semasa kesil nya tinggal di kampung bani sadiyyah ibu susu baginda. disitulah yang dikatakan sewaktu baginda berumur 2-5 tahun di datangi 2 malaikat membelah dada beliau. dan di basuh dengan air salji dalam talam emas. menurut sirah nabawiyah karangan Ibnu Hasyim.
Terdapat satu lagi kisah dada baginda di belah iaitu sewaktu baginda akan di mikrajkan pada malam Mikraj. Masyaallah terlalu banyak kaitannya dan kepada Allah juga daku bertaubat dan belindung. Tawwabun Ghaffur.
Tuesday, September 26, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment